Formula Satu Scott Speed

2005

Speed sebagai pemandu ketiga Red Bull di Grand Prix Amerika Syarikat 2005

Pada tahun 2005 di Grand Prix Kanada, Speed ​​mengambil bahagian sebagai pemandu ujian untuk pasukan Red Bull;[1] dan menjadi pemandu Amerika yang pertama untuk menyertai sebuah acara Formula Satu sejak Michael Andretti pada tahun 1993.[2] Speed juga mengambil bahagian pada sesi latihan bebas di Grand Prix Amerika Syarikat.[1]

Berikutan pembelian Minardi, Red Bull Racing mengumumkan pembentukan Scuderia Toro Rosso, dengan Speed dan Vitantonio Liuzzi menjadi pemandu pasukan pada musim 2006.

2006

Pada perlumbaan sulungnya di Grand Prix Bahrain, beliau mendapat tempat ke-13. Seminggu kemudian di Grand Prix Malaysia, beliau bersara selepas 41 pusingan akibat kegagalan klac.

Di Grand Prix Australia, ia kelihatan seolah-olah Speed telah mengutip mata pertama Toro Rosso. Namun begitu, beliau menerima penalti masa 25 saat kerana memintas kereta lain di bawah keadaan bendera kuning, dan menjatuhkannya ke tempat kesembilan dan gagal mendapat mata. Beliau juga didenda $5000 kerana menggunakan bahasa yang tidak sesuai kepada David Coulthard semasa pendengaran steward selepas perlumbaan.

Beliau mendapat tempat ke-15 di Grand Prix San Marino. Seminggu kemudian, beliau mendapat tempat kesebelas di Grand Prix Eropah. Beliau bersara di Grand Prix Sepanyol selepas mengalami kegagalan enjin, dan di Grand Prix Monaco, beliau mendapat tempat ke-13.

Beliau bersara di Grand Prix British, beliau bersara pada pusingan pertama selepas berlanggar dengan pada Ralf Schumacher. Speed bangkit kembali dan beraksi dengan baik di Grand Prix Kanada dengan mendapat tempat kesepuluh.